SUATU SUBUH DGN MANUSIA2 ITU..

Bismillahirahmanirrahim..

Lafaz yg selalu terlantun dari bibir.. buat Dia yg telah mengerakkan jari jemari ini utk terus menulis bait2 kata yg masih tersisa oleh segenap rasa syukur seorang hamba..

Salam pujian penuh rindu buat kekasih Allah.. Rasulullah saw.. yg menghitung detik lagi akn tiba saatnya hari bersejarah buat sebuah kelahiran teragung kepada ad-deen ini...

ISTIGHFAR sama2 kita lantunkan buat mengsucikn hati dan jasad yang mgkin seringkali terjatuh dalam jurang dosa dan noda...

mungkin diri kerdil ini lebih senang utk mmbahasakn diri sebagai "aku".. moga keganjalan tidak menyapa hati kalian..:)

hanya seorang aku, mensudikan diri utk berkongsi secebis rasa yg telah aku pelajari dari hidup ini.. sebuah pengalaman yg tidak terbeli dengan wang dan materi apa sekali pun..

.. suatu subuh di kota CINTA...

sebuah perjalanan yg mengajar.. bahawa aku hanya hamba!

seawal subuh itu, ketika langit masih gelap.. dan cahaya fajar sedikit menampakkn diri.. dan tidak sedikit pun langkah kaki ini bukan krn mencari keredhoan Allah atas pelajaran dari manusia.. aku melihat.. terus mghayati.. dari awl ketika langkah kaki ku bertapak di atas tanah, kemudian meneruskan perjalanan..aku melihat, dgn mata hati.. manusia-manusia itu.!

aku ingin membawa kalian pada dunia realiti, supaya kita tidak terlepas dari memikirkan tntg umat ini.. sungguh, bagi aku.. dgn melihat manusia-manusia itu.. hatiku seolah2 dirobek2 tanpa sedikit pun rasa belas kasihan..

sakitnya melihat manusia2 itu... mereka tidak tahu.. krn kita blm mampu utk memberitahu kepada mereka.. beginilah sebenarnya hidup sebagai hamba Allah!

sewaktu dlm perjalanan.. aku memandang ke luar kereta yg aku pandu.. melihat manusia2 itu seperti semut2 yg sedang berpusu2 mendapatkn makanan yg sama... ada yg sedang tidur bergelimpangan di kaki lima.. di tepi2 jalan.. ada yg sedang membawa barang2 jualan utk di jual, ada yg sedang sabar menunggu lampu merah menjadi hijau, ada yg sedang santai2 membaca surat khabar, ada yg sedang sibuk menyanyikn lagu2 ciptaan sndiri di atas bas... dan aku sendiri sedang melihat mereka..

semuanya telah membuat aku berfikir.. dan merenung diri.. manusia-manusia itu.. sedang sibuk dgn hal dan tanggungjawab mereka masing2 utk hidup.. bersungguh2.. sedangkan aku?? bagaimanakah?

.................terus menjadi tanda tanya...~


sedang aku kusyuk memerhatikan manusia2 itu dgn penuh kekaguman.. sebuah lagu oleh penyanyi jalanan menyapa di telinga ku... aku menghayati lirik lagunya.. smbil mataku masih melekat pada manusia2 itu..

"..ada manusia yang buta dengan penglihatan dan tuli dengan kesombongan.."

cuma sebuah kata2 yg ringkas.. tetapi di ulang2 oleh penyanyi jalanan itu.. membuatkan hatiku terasa terpukul..

terima kasih buat penyanyi jalanan itu.. krn tlh mengingatkn aku tentang hakikat ini.

semoga Allah melimpahkn hidayah buat hati kamu.. dan hati2 org yg mendengarkan lagu kamu itu.. :)

..ada manusia yg buta dgn penglihatan dan tuli dgn kesombongan, aku berfikir sejenak.. memandang keluar dan melihat manusia2 itu... alangkah sedihnya jika benarlah kata2 ini tertuju buat manusia2 itu.. dan mgkin tertuju pada aku sendiri!!

sedangkan aku tidak mahu utk menjadi manusia yg buta dgn penglihatan dan tuli dgn kesombongan.. krn itu sungguh2 merugikan!

masih di dalam dilema sbuah hakikat.. bertapa manusia@kita sbnrnya dlm sedar atau tidak telah buta dgn penglihatan ini dn tuli dgn kesombongan.. knp aku berkata sperti ini..? krn, kalian lihatlah manusia2 yg ada di sekeliling kalian.. mereka sedang sibuk dgn hal2 dunia.. mereka buta utk melihat akhirat mereka.. sedangkan ia jelas akn menjadi pengakhiran buat hidup mereka.. dan mereka masih sombong dgn nikmat2 yg telah Allah berikan kepada mereka.. mereka mggunakan nikmat2 itu utk bermegah2.. mereka lupa, hakikat nikmat2 itu diberikan kpd mereka..

sehingga apapun peringatan yg telah Allah nampakkn di hadapan mereka, hanyalah bencana alam yg alami bg mereka.. sedangkn itulah peringatan yg jelas dari Allah..

ketika manusia tidak mempedulikan itu semua, maka alamlah yg akan mengingatkan dgn sekeras2nya supaya manusia itu sedar dn berfikir!.. tapi sygnya.. kesombongan telah menutupi hati2 mereka utk melihat itu semua... nauzubillahi min zalik..

buat hamba-hamba-Nya yg telah terjaga dari lena yg panjang ini,
bangkitlah.. dan serulah yg lain.. bahwa hidup ini bukan utk di sia2kn percuma..
bukanlah utk menjadi hamba-Nya yg buta dan tuli kepada Pencipta...

tetapi.. utk menjadi hamba-Nya yg mengerti, memahami, mengimani, memikirkan tentang Sang Pencipta langit dan bumi yg hebat ini...


buat dirimu yg mengaku sebagai seorang da'i..
manusia2 itu adalah AMANAH dan TANGGUNGAWAB kamu..

sudah bersediakah??~

BUAT HAWA YANG MENCARI CINTA..:)

Duhai Hawa yang hidup merata di bumi sebagai perhiasan,..Tahukah apa itu cinta yang sebenarnya sekalian Hawa ku? Mungkin saja kamu pernah menjadi orang yang menyesal kerana pernah mengenali cinta, mungkin saja kamu sering merasakan bahawa cinta itu selalu menyakiti hatimu.. kerana ketika itu kamu buta da...n tidak mempelajari apa makna cinta itu yang sebenarnya..

Duhai Hawa yang wangi mekar bak bunga, cantik bak kelopak nan indah,. Sungguh, cinta itu menyenangkan bagi pemiliknya.. Cinta itu bisa menjadikan dari yang tidak memahami menjadi sangat memahami, itulah cinta jika difahami ertinya…

Cinta tidak seharusnya memiliki, tidak seharusnya menguasai, tidak seharusnya berkorban bermati-matian…tetapi cinta itu adalah sebuah anugerah bagi mereka yang mencari sebuah cinta yang diiringi keredhoan Allah yang telah menciptakan cinta itu…

Duhai Hawa yang hatinya rapuh bak kaca… cinta itu sebuah perasaan, yang di dalam perasaan itu ada rasa syukur dan mengerti.. itulah cinta duhai hawa.. Namun apakah di antara kita menghargai semua itu? Tidak.., tidak semua hawa menghargai itu..ada diantara kita yang terus membazirkan air mata kerana terlalu kecewa… Bangkitlah dan lihatlah langit, lihatlah mendungnya…tidak selamanya terus seperti itu..

Air mata bukanlah bayaran bagi sebuah harga diri, tetapi air mata itu adalah salju yang membasahi pipimu sewaktu hatimu bertemu Tuhanmu di malam sepi penuh kegelapan tanpa cahaya…

Duhai Hawa yang terlindung dengan kelembutan… hatimu milik Allah satu-satunya.. mengapa harus mengorbankan hatimu untuk sebuah cinta yang tidak pasti milikmu?? Itu hanya sebuah pembaziran yang tidak terlihat oleh matamu yang indah itu…

Buat Hawa yang mencari sebuah cinta…
Dekatkanlah dirimu dengan sering membaca ayat-ayat Allah.. pasti di dalamnya kamu akan menemui dan mengerti cinta yang sesungguhnya… yang sama sekali tidak akan menyakiti hatimu, malah akan lebih menyenangkan hatimu,..dan itulah cinta yang dimiliki oleh hamba-Nya yang ikhlas lagi bersyukur…..insyaAllah.
.

BUAT SEMUA NIQABI ATAU MUSLIMAH YANG BAKAL MENJADI NIQABI:)

ana teringin memakai NIQAB tapi ......??? Assalamu'alaikum wbt. Apa khabar hati kita? Apa khabar iman kita? Moga semuanya berada didalam lindungan dan naungan Allah swt. InsyaAllah.         Keperluan dan kehandak (eceh, macam mata pelajaran ekonomi... pulak, ye ^^,) Manusia memang tidak pernah terlepas dari keperluan apatah lagi kehendak, setuju? Baiklah, berkaitan dengan tajuk  pada hari ini 6 Rejab 1433 hijrah bersamaan 8 Jun 2011, "ana teringin memakai NIQAB tapi....???" persoalannya, apa yang 'tapi' ye?

dan 'ana' tu menunjukkan pada siapa. Begini, sebenarnya saya lebih suka bahaskan diri saya dengan 'ana' tapi, lebih selesa dengan penggunaan 'saya' (hehe. macam ape je cakap kan3!) Berkanaan dengan 'tapi' pula sebentar  kemudian saya akan ceritakan sebab saya lebih berminat untuk menerangkan serba sediit dahulu tentang 'NIQAB'. Pernah dengar tak? kalau dah pernah dengar saya nak tanya pula, pernah pakai tak? hehe. Maafkan diri saya yang suka bertanya tapi itulah diri saya. Saya rasa tidak hairan atau menjadi janggal bagi sahabiah-sahabiah saya sebab ramai diantara entum yang memakai niqab opsss...! silap, kawan saya ramai memakai purdah bukan niqab. Mesti pelik bin ajaib dengan statement saya kan? sebab tu saya nak explain dulu tentang 'NIQAB' ni. hehe. 

     
Sebenarnya tidaklah jauh bezanya niqab dengan purdah ni cuma orang zaman sekarang lebih kenal dengan perkataan niqab yang dulunya orang panggil purdah dan dulu dari yang dulu lagi  panggil cadar muka (erk, pelik kan?) Tapi, saya memang tidak suka malah tidak pernah mendefinisikannya sebagai 'cadar' sebabnya saya anggap cadar ni kain yang besar yang saya gunakannya dikampung sebagai selimut atau sarung katil. hehe. Saya nak kenalkan perbezaan niqab dan puradah ni sebab ramai yang keliru sikit dengan takrif yang kurang diamalkan malah terkadang itu masih ada yang tidak tahu takrif hijab. Apa itu hijab? sejenis penutup muka juga ke? atau perkataan yang orang gunakan sewaktu penikan tu? Ehh, jangan gelak kerana masih ada yang tidak ketahui tentang hijab ni malah dahulunya juga saya tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan hijab

.   Hijab berasal dari perkataan arab ya'ni dirahsiakan yang berasal dari hijabah iaitu disekat. Apa yang disekat?Dari segi syara’ (istilah) adalah seseorang wanita yang menutup tubuh dan perhiasannya, sehingga orang asing (yang bukan tergolong dari mahramnya) tidak melihat sesuatu pun dari tubuhnya dan perhiasan yang dia kenakan sebagaimana yang diperintahkan supaya ditutup (dihijab). Iaitu ditutup/dihijab dengan pakaiannya atau dengan tinggal di rumahnya. 

Wanita mukmin berhijab dengan mengenakan khimar (kain tudung/penutup kepala) yang dilabuhkan sehingga ke dada-dada mereka dan dengan mengenakan jilbab yang menutupi seluruh tubuh mereka. Jadi tidak perlu saya bagi contoh gambaran wanita berhijab ni sebab saya yakin rakan -rakan saya pasti sudah lengkap berhijab, alhamdulillah. InsyaAllah. Niqab&Purdah. Saya tidak tahu untuk mendefinisikan secara terperinci tentang niqab dan purdah tetapi gambaran dibawah ini mungkin boleh membantu anda membezakan niqab dan purdah ;   contoh ; wanita yang memakai niqab     contoh ; wanita yang memakai purdah     contoh ; wanita yang memakai burqa  

*p/s ; ada beza bukan? suka saya dapat berkongsi ilmu. alhamdulillah   Hukum memakainya ada harus dan ada wajib. Namun mejoritinya para ulama' berpihak kepada harus. Hanya keramaian ulama' arab saudi sahaja yang mewajibkan pemakaian niqab ni malah Sheikh Nasiruddin Al-Bani  turut berpihak kepada hukum HARUS ! Jadi saya kira jelas ye disini tentang hukumnya (tamao gaduh2 ^^,). Berbalik pada tajuk asal kita "ana teringin memakai NIQAB tapi....???"

sebelum saya melencong lebih jauh dan jauh lagi ye. Memang terdetik dalam hati saya, kiranya sudah lanjut lamanya, entah bila perasaan ingin memakai niqab ini singgah bertandang dilubuk hati saya sehingga sekarang umur saya menjejaki 18 tahun ( tambah tolak, rasanya dari saya form 1 kut !). Jadi sejak itulah saya cari punya cari maklumat tentang pemakaian niqab ni. Tapi, tipulah kalau saya kata hujan datang tanpa angin dan ribut, ye tak? Pasti sahaja keinginan saya untuk memakai niqab ni apabila melihat gambar2 di laman sosial menampilkan wajah2 wanita muslimah memakai niqab.

Sejujurnya saya seawal umur 12 tahun saya sudah giat mencari maklumat di laman sosial lebih-lebih lagi tantang persoalan agama yang sering menjadi teman minda saya. Apabila ada keinginan sudah tentu ada kesungguhan saya mencari maklumat tentang 'si pemakai niqab' atau tentang pemakaian niqab. Mungkin seawal usia saya yang masih muda itu tahap pemikiran saya tidaklah jauh. Jadi keinginan saya pada ketika itu sekadar suka2 & ikutan. Namun apabila usia saya makin meningkat, saya masih lagi terikat dengan minat untuk memakai niqab jadi ilmu tentang pemakaian niqab juga turut bertambah. 

Apa yang menyedihkan saya, makin bertambah ilmu tentang pemakaian niqab ini makin gentar dan takut menyelubungi diri. Pernah juga saya menangis bermuhasabah diri, layakkah aku memakai purdah? Of course la, jika kita hendak melakukan sesuatu yang baik kita juga harus fikirkan diri kita samada layakkah? mampukah? sanggupkah? Bila kata tentang kelayakkan ini, saya fikir layakkah aku jika dilihat dari ibadah yang aku lakukan setiap hari (setakat ibadah wajib je  yang 90% je kadang-kadang aku jaga tu buat apa) bukanlah kata orang yang berniqab ni kena 100% ahli ibadah or warak tapi bila memakai niqab ni, pandanagan orang terhadap kita mestilah kita ni ada 'special additional prayer' (bukan additional mathematic ye ^^,) iaitu ibadah tambahan yang lain yang special daripada orang yang biasa, ye tak?

Kalau nak kata mampu tu.. ..mampukah aku dari segi fizikal dan mental? ya'ni apabila orang ramai mulai assume kita sebagai tabligh? apa aku sudah sedia untuk menjawab persoalan-persoalan mereka? sanggup? persoalan sanggup tak sanggup bagi saya kuranglah sedikit beban dari persoalan yang lain sebab mungkin persoalan kesanggupan tu saya sanggup menerima dugaan ya'ni ujian dari Allah. Mana mungkin kita yang mahukan kemenangan dengan mudahnya kita peroleh tanpa kesusahan dan dugaan, setuju? kan3.Malah setiap hari kita terima ujian dari Allah bukan? ^^,

. Jadi, dari sini saya dan anda dapat mentafsirkan yang diri saya ni masih tak kuat lagi untuk wearing niqab. setuju? hehe. Untuk itu, saya ambil keputusan untuk mengupas lagi tentang pemakaian niqab ni.Semakin meningkat usia saya semakin banyak persoalan menghampiri minda saya termasuklah persoalan-persoalan mengenai 'si pemakai niqab'. Ya Allah, hanya Engkau sahaja yang tahu betapa isi hati aku mengatakan 'itu ini' mengenai sikap segelintir daripada mereka 'si pemakai niqab'. 

TEGAS SAYA DISINI MENGATAKAN BAHAWA SAYA SEDIKIT PUN TIDAK TERDETIK NIAT UNTUK MENUJUKAN APA YANG DIPERKATAKAN OLEH SAYA KHUSUS KEPADA SIAPA-SIAPA SEBALIKNYA SAYA PERKATAKAN SECARA UMUM DIMANA INI SEMUA PERSPEKTIF SAYA SENDIRI. MINTA MAAF DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA KE HUJUNG KAKI SEKIRANYA SAYA MEMBUAT ANDA TERASA ATAU MARAH. SEGALA TEGURAN ANDA AKAN SAYA TERIMA DENGAN HATI YANG TERBUKA SELUAS-LUASNYA ! BAARAKALLAH~     

Bila difikirkan kembali, saya malu terhadap diri saya sendiri kerana punya perasaan berkeinginan akan sesuatu tanpa mempunyai ilmu terhadapnya. Ampunkan hamba-Mu ini ya Allah.Berbalik kepada persolan yang sering bermain difikiran saya mengenai 'si pemakaian niqab' ialah "bukankah tujuan kita memakai niqab ini untuk menghindarkan diri daripada fitnah? tapi, kenapa ramai dikalangannya masih tidak memahaminya?"Allahu'alam. 

Minta maaf saya kata disini sekali lagi kepada 'si pemakai purdah' yang mempunyai akaun laman sosial seperti facebook, twitter, dll yang menampilkan gambar-gambar anda yang saya kira mahu sahaja saya melompat2 kegembira&kesukaan& kesenangan  melihat gambar yang diambil sediri oleh kalian (dengan pelbagai cara dan gaya) perlukah begitu wahai wanita penghuni syurga yang aku sayangi dan cintai? Tidak dapat saya tafsirkan perasaan saya ketika ini samada 'pelik bin aneh' atau 'sedih bin kecewa' kerana kalian ('si pemakai purdah') merupaka idola yang saya kira sebagai contoh buat saya selepas baginda Rasulullah saw. Dan sebenarnya juga sebab inilah juga hati saya masih tidak kuat untuk memakai niqab. 

Saya sendiri yang tidak memakai niqab memahami kehendak dan penyampaian sebenar pemakaian niqab ini kenapa tidak mereka yang saya anggap cukup bertuah kerana berjaya mengenakan niqab sebagai pakaian wajib kepada diri anda. Kenapa saya masih takut dalam erti kata lain masih belum kuat untuk memakai niqab? Kerana menurut pada pandangan saya pada 'si pemakai niqab' ini terbahagi kepada beberapa kumpulan ; 1. Untuk mencari redha Allah swt dengan berikhtiar mengelakkan diri dari fitnah. 2. Tradisi atau ikutan samada keluarga atau sek. (mewajibkan pelajar memakai purdah) 3. Sekadar ikutan tanpa pengatahuan am; mengenainya 4. Mahukan perhatian dalam erti kata lain ingin memperlihatkan bahawa diri kita islami Saya sedar akan perhatian orang kita zaman sekarang terlekat pada imej wanita berpurdah atau lelaki berserban seperti yang diperkatakan oleh saya pada awal perbicaraan saya tadi, mereka menganggap diri mereka yang berpurdah dan berserban beriman, wara', alim dan bersungguh2 dalammemperjuangkan agama islam. Itu adalah pandangan biasa yang kita dengar. Allahu'alam.



Oleh hal demikian, apa sahaja yang kita buat akan dipandang dan diteliti walaupun sekecil zara jika kita melakukan sesuatu kesilapan pasti sahaja kata-kata sedemikian rupa akan kedengaran ; "Ish, kata pakai niqab tapi suara lantang, bercakap dengan lelaki pun selamber dekk jer!""Ehh, tak malu ke dia ni pakai niqab tapi gambar mengalahkan superstar""Hish, tak patut dia buat macam tu, dahla pakai niqab" Itu kalau dikalangan kita (umat islam) yang berkata-kata kalau orang yang beragama lain lihat apa pula katanya? Allahu'alam. Fikirkan sendiri ye. 

Memanglah alasan mereka "Ana pun manusia biasa yang tak lepas dari melakukan dosa, enti pun tahukan". sedap punya ayat. ya ! saya tahu ! tapi itu tidak menjadikan alasan anda untuk berusaha mengelakkan  fitnah bagi mereka yang tidak faham dengan baik tentang islam. Kita memakai niqab untuk mengelakkan fitnah namun diri kita sendiri pula yang menyebarkannya. Na'uzubillah. Hal ini, membuatkan saya istikharah, berfikir beribu-ribu kali tidak jemunya untuk memakai niqab.    

Jadi, wanita islam yang aku cintai dan aku sayangi kerana Allah ! Jika kalian mahu mengenakan niqab pakailah ia kerana Allah dan harus dititik beratkan walau sekcil-kecil perkara. Ubah kembali perspektif mereka yang mengatakan;     "Berniqab untuk seorang pendakwah je.."   "Engkau anak solehah, bolehlah pakai niqab"   Mengarut semua itu ! Kita memakai niqab ini kerana Allah swt bukan kerana trend atau fesyen. Lagi satu perkara, jika hati kita benar-benar sudah ikhlas memakai niqab kerana Allah swt dan mengelakkan fitnah maka lakukan ia dengan serius ! Ambillah pemakaian niqab seperti seorang ibu ;               

Tanpa memakai make-up, celak, cabut bulu kening ..nauzubillah, bercantik-cantik. Tidak perlulah kalian bercantik-cantik dalam pemakaian purdah ini ingat kembali niat kita memakai purdah UNTUK MENGELAKKAN FITNAH ! Muhasabah, jika saya sendiri PEREMPUAN cukup tertarik dengan kalian yang memakai purdah apa LELAKI atau kata kasar mereka yang berlainan jantina yang sudah termaktub dalam Al-Quran memang diciptakan lelaki dan perempuan untuk melengkapi antara satu sama lain. Allahu'alam.     Akhir kata sudah dapat jawapan untuk tajuk artikel ini bukan? "ana teringin memakai NIQAB tapi...???" sebenarnya, saya tidak tujukan artikel ini kepada mereka yang memakai niqab sahaja malah untuk diri mereka dan juga diri saya yang akan menjadi seorang niqabi (bila agaknya ye?) InsyaAllah.

Cuma sedikit tekanan buat mereka yang memakai niqab kerena mereka dipandang tinggi, diberi keutamaan kerana kalian yang menjadi tumpuan bagi mereka yang memerlukan khidmat nasihat, rujukan dll. Sebagai seorang wanita kita telah diamanahkan oleh Allah untuk pelihara diri dan maruah dari api neraka. Ingatlah wahai wanita islam yang aku kasihi, diri kita (wanita)lah yang paling tinggi darjat dan martabat kita sehinggakan kita yang digelar wanita paling mudah untuk masuk ke  syurga Allah dan kerana kesenangan itulah juga, kita yang digelar wanita paling mudah ke neraka Allah swt.
            
Sebagai penutupnya, doakan diri saya kuat dengan pegangan saya untuk menjadi seorang NIQABI YANG CEMERLANG GEMILANG DAN TERBILANG YANG DIREDHAI OLEH ALLAH SWT yang entah bila hanya Allah swt sahaja yang tahu. Sama-sama mengislah  dan sentiasa bermuhasabah diri agar diri kita sentiasa merasa lemah dihadapan-Nya. Semoga kita semua berada dibawah lindungan dan rahmat-Nya disamping memajukan dan mengembangkan agama suci ini. InsyaAllah. TAKBIR !      p/s; moga menfaat.

NAMAMUKAH YANG TERTULIS DI LUH MAHFUZ SANA?

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?

Aduhai ADAM

Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Andainya kaw bisa menjwabnya.....

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan,
Kerna jawapannya bukan di tanganmu,
Tetapi di tangan-Nya.
Di tangan Tuhan kita; Allah,
Tuhanku dan Tuhanmu.

Gelisahku memikirkan dirimu,
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku,

Aduhai ADAM,
Maafkan aku,
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu.

Jemput diriku pabila waktunya tiba,
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia,
Akan kucipta cinta bersama Dia,
Sebelum kucipta cinta antara kita.

Jadilah dirimu kumbang yang hebat,
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar,

Untuk itu, Aku tinggalkan dirimu pada-Nya

Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu,
Tidak ada suatu binatang melata melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya,
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.

Usah bersedih atas perpisahan sementara ini,

Jika benar aku tercipta untukmu,
Tiada apa yang dapat menghalangnya,
Sebelum saat itu tiba,
Berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan,
Mohonlah padanya dengan penuh mengharap.

Yakinlah pada janji Allah!
Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga) [Surah An Nur: 26]

Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu,
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata,
Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti.

Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu,
Daripada yang sekarang (permulaan),
Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
Lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Surah Ad dhuha: 4 & 5]

Beruntunglah kamu!
Tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita

Allah memilihmu!
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini.

Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[Surah As Syams: 8-10]

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
Maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Surah Fussilat: 30]

Dan tika kamu merasa lemah,
Mohonlah kekuatan dari-Nya,
Allah itu dekat,
Yakin pasti.

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
Maka mohonlah perlindungan kepada Allah,
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [Surah Fussilat: 36]

Kamu dan aku adalah intan terpilih,

Berdoalah aku kuat dan tabah untuk menjaga kilauanku,
Berdoalah tiada sang kumbang durjana merosakkannya sebelum yang halal tiba,
Aku juga sentiasa mendoakanmu agar dalam peliharanya,
sentiasa,amin ♥~♥~♥~

❤¸¸.•*¨*•❤¸¸.•*¨❤¸¸.•*¨*•❤¸¸.•*¨❤¸¸.•*¨*•❤¸¸.•*¨❤¸¸.•*¨*•❤

15 Maksiat Yang Menurunkan Bala


Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. rasulullah saw bersabda :”Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu :

1. apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu

2. apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan

3. zakat dijadikan hutang

4. suami memperturutkan kehendak isteri

5. anak derhaka terhadap ibunya;

6. sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya

7. ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya

8. suara sudah ditinggikan di dalam masjid

9. yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di kalangan mereka

10. seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya

11. khamar (arak) sudah diminum di merata tempat

12. kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)

13. para artis-artis disanjung-sanjung

14. muzik banyak dimainkan

15. generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat)

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain.” (Hadith riwayat Tirmizi)

Keterangan :
Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.
Kitab rujukan : 40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman (Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi) terbitan Khazanah Banjariah
"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"

Sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia


Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka,
menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam
kategori sia-sia, iaitu:-

1.Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak
dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.

2.Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca
secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

3.Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar
kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.
       
4.Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak
mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk
keselamatan arwah-arwah mereka.
       
5.Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian
ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.
       
6.Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan
seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah
ilmu pengetahuan.
    
7.Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling
menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.
       
8.Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi
tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.
       
9.Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa
memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan
meningkatkan budi pekerti.
      
10.Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran
kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya. 

1/2011



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

أنَّ اللهَ يَقُوْلُ يَوْمَ الْقِيَامَةَ أيْنَ الْمُتَحَابُّوْنَ بِجَلاَلِيْ الْيَوْمَ أظَلَّهُمْ فِيْ ظِلِّيْ يَوْمَ لاَ ظِلَّ إلاَّ ظِلِّيْ
Dari Abu Hurairah radhiyallahu `anhu, Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam bersabda: Allah berfirman pada Hari Kiamat, “Dimanakah orang-orang yang saling mencintai karena keagungan-Ku pada hari ini? Aku akan menaungi mereka dalam naungan-Ku pada hari yang tiada naungan kecuali naungan-Ku.” (HR. Muslim; Shahih)

ShareThis