ana teringin memakai NIQAB tapi ......??? Assalamu'alaikum wbt. Apa khabar hati kita? Apa khabar iman kita? Moga semuanya berada didalam lindungan dan naungan Allah swt. InsyaAllah. Keperluan dan kehandak (eceh, macam mata pelajaran ekonomi... pulak, ye ^^,) Manusia memang tidak pernah terlepas dari keperluan apatah lagi kehendak, setuju? Baiklah, berkaitan dengan tajuk pada hari ini 6 Rejab 1433 hijrah bersamaan 8 Jun 2011, "ana teringin memakai NIQAB tapi....???" persoalannya, apa yang 'tapi' ye?
dan 'ana' tu menunjukkan pada siapa. Begini, sebenarnya saya lebih suka bahaskan diri saya dengan 'ana' tapi, lebih selesa dengan penggunaan 'saya' (hehe. macam ape je cakap kan3!) Berkanaan dengan 'tapi' pula sebentar kemudian saya akan ceritakan sebab saya lebih berminat untuk menerangkan serba sediit dahulu tentang 'NIQAB'. Pernah dengar tak? kalau dah pernah dengar saya nak tanya pula, pernah pakai tak? hehe. Maafkan diri saya yang suka bertanya tapi itulah diri saya. Saya rasa tidak hairan atau menjadi janggal bagi sahabiah-sahabiah saya sebab ramai diantara entum yang memakai niqab opsss...! silap, kawan saya ramai memakai purdah bukan niqab. Mesti pelik bin ajaib dengan statement saya kan? sebab tu saya nak explain dulu tentang 'NIQAB' ni. hehe.
Sebenarnya tidaklah jauh bezanya niqab dengan purdah ni cuma orang zaman sekarang lebih kenal dengan perkataan niqab yang dulunya orang panggil purdah dan dulu dari yang dulu lagi panggil cadar muka (erk, pelik kan?) Tapi, saya memang tidak suka malah tidak pernah mendefinisikannya sebagai 'cadar' sebabnya saya anggap cadar ni kain yang besar yang saya gunakannya dikampung sebagai selimut atau sarung katil. hehe. Saya nak kenalkan perbezaan niqab dan puradah ni sebab ramai yang keliru sikit dengan takrif yang kurang diamalkan malah terkadang itu masih ada yang tidak tahu takrif hijab. Apa itu hijab? sejenis penutup muka juga ke? atau perkataan yang orang gunakan sewaktu penikan tu? Ehh, jangan gelak kerana masih ada yang tidak ketahui tentang hijab ni malah dahulunya juga saya tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan hijab
. Hijab berasal dari perkataan arab ya'ni dirahsiakan yang berasal dari hijabah iaitu disekat. Apa yang disekat?Dari segi syara’ (istilah) adalah seseorang wanita yang menutup tubuh dan perhiasannya, sehingga orang asing (yang bukan tergolong dari mahramnya) tidak melihat sesuatu pun dari tubuhnya dan perhiasan yang dia kenakan sebagaimana yang diperintahkan supaya ditutup (dihijab). Iaitu ditutup/dihijab dengan pakaiannya atau dengan tinggal di rumahnya.
Wanita mukmin berhijab dengan mengenakan khimar (kain tudung/penutup kepala) yang dilabuhkan sehingga ke dada-dada mereka dan dengan mengenakan jilbab yang menutupi seluruh tubuh mereka. Jadi tidak perlu saya bagi contoh gambaran wanita berhijab ni sebab saya yakin rakan -rakan saya pasti sudah lengkap berhijab, alhamdulillah. InsyaAllah. Niqab&Purdah. Saya tidak tahu untuk mendefinisikan secara terperinci tentang niqab dan purdah tetapi gambaran dibawah ini mungkin boleh membantu anda membezakan niqab dan purdah ; contoh ; wanita yang memakai niqab contoh ; wanita yang memakai purdah contoh ; wanita yang memakai burqa
*p/s ; ada beza bukan? suka saya dapat berkongsi ilmu. alhamdulillah Hukum memakainya ada harus dan ada wajib. Namun mejoritinya para ulama' berpihak kepada harus. Hanya keramaian ulama' arab saudi sahaja yang mewajibkan pemakaian niqab ni malah Sheikh Nasiruddin Al-Bani turut berpihak kepada hukum HARUS ! Jadi saya kira jelas ye disini tentang hukumnya (tamao gaduh2 ^^,). Berbalik pada tajuk asal kita "ana teringin memakai NIQAB tapi....???"
sebelum saya melencong lebih jauh dan jauh lagi ye. Memang terdetik dalam hati saya, kiranya sudah lanjut lamanya, entah bila perasaan ingin memakai niqab ini singgah bertandang dilubuk hati saya sehingga sekarang umur saya menjejaki 18 tahun ( tambah tolak, rasanya dari saya form 1 kut !). Jadi sejak itulah saya cari punya cari maklumat tentang pemakaian niqab ni. Tapi, tipulah kalau saya kata hujan datang tanpa angin dan ribut, ye tak? Pasti sahaja keinginan saya untuk memakai niqab ni apabila melihat gambar2 di laman sosial menampilkan wajah2 wanita muslimah memakai niqab.
Sejujurnya saya seawal umur 12 tahun saya sudah giat mencari maklumat di laman sosial lebih-lebih lagi tantang persoalan agama yang sering menjadi teman minda saya. Apabila ada keinginan sudah tentu ada kesungguhan saya mencari maklumat tentang 'si pemakai niqab' atau tentang pemakaian niqab. Mungkin seawal usia saya yang masih muda itu tahap pemikiran saya tidaklah jauh. Jadi keinginan saya pada ketika itu sekadar suka2 & ikutan. Namun apabila usia saya makin meningkat, saya masih lagi terikat dengan minat untuk memakai niqab jadi ilmu tentang pemakaian niqab juga turut bertambah.
Apa yang menyedihkan saya, makin bertambah ilmu tentang pemakaian niqab ini makin gentar dan takut menyelubungi diri. Pernah juga saya menangis bermuhasabah diri, layakkah aku memakai purdah? Of course la, jika kita hendak melakukan sesuatu yang baik kita juga harus fikirkan diri kita samada layakkah? mampukah? sanggupkah? Bila kata tentang kelayakkan ini, saya fikir layakkah aku jika dilihat dari ibadah yang aku lakukan setiap hari (setakat ibadah wajib je yang 90% je kadang-kadang aku jaga tu buat apa) bukanlah kata orang yang berniqab ni kena 100% ahli ibadah or warak tapi bila memakai niqab ni, pandanagan orang terhadap kita mestilah kita ni ada 'special additional prayer' (bukan additional mathematic ye ^^,) iaitu ibadah tambahan yang lain yang special daripada orang yang biasa, ye tak?
Kalau nak kata mampu tu.. ..mampukah aku dari segi fizikal dan mental? ya'ni apabila orang ramai mulai assume kita sebagai tabligh? apa aku sudah sedia untuk menjawab persoalan-persoalan mereka? sanggup? persoalan sanggup tak sanggup bagi saya kuranglah sedikit beban dari persoalan yang lain sebab mungkin persoalan kesanggupan tu saya sanggup menerima dugaan ya'ni ujian dari Allah. Mana mungkin kita yang mahukan kemenangan dengan mudahnya kita peroleh tanpa kesusahan dan dugaan, setuju? kan3.Malah setiap hari kita terima ujian dari Allah bukan? ^^,
. Jadi, dari sini saya dan anda dapat mentafsirkan yang diri saya ni masih tak kuat lagi untuk wearing niqab. setuju? hehe. Untuk itu, saya ambil keputusan untuk mengupas lagi tentang pemakaian niqab ni.Semakin meningkat usia saya semakin banyak persoalan menghampiri minda saya termasuklah persoalan-persoalan mengenai 'si pemakai niqab'. Ya Allah, hanya Engkau sahaja yang tahu betapa isi hati aku mengatakan 'itu ini' mengenai sikap segelintir daripada mereka 'si pemakai niqab'.
TEGAS SAYA DISINI MENGATAKAN BAHAWA SAYA SEDIKIT PUN TIDAK TERDETIK NIAT UNTUK MENUJUKAN APA YANG DIPERKATAKAN OLEH SAYA KHUSUS KEPADA SIAPA-SIAPA SEBALIKNYA SAYA PERKATAKAN SECARA UMUM DIMANA INI SEMUA PERSPEKTIF SAYA SENDIRI. MINTA MAAF DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA KE HUJUNG KAKI SEKIRANYA SAYA MEMBUAT ANDA TERASA ATAU MARAH. SEGALA TEGURAN ANDA AKAN SAYA TERIMA DENGAN HATI YANG TERBUKA SELUAS-LUASNYA ! BAARAKALLAH~
Bila difikirkan kembali, saya malu terhadap diri saya sendiri kerana punya perasaan berkeinginan akan sesuatu tanpa mempunyai ilmu terhadapnya. Ampunkan hamba-Mu ini ya Allah.Berbalik kepada persolan yang sering bermain difikiran saya mengenai 'si pemakaian niqab' ialah "bukankah tujuan kita memakai niqab ini untuk menghindarkan diri daripada fitnah? tapi, kenapa ramai dikalangannya masih tidak memahaminya?"Allahu'alam.
Minta maaf saya kata disini sekali lagi kepada 'si pemakai purdah' yang mempunyai akaun laman sosial seperti facebook, twitter, dll yang menampilkan gambar-gambar anda yang saya kira mahu sahaja saya melompat2 kegembira&kesukaan& kesenangan melihat gambar yang diambil sediri oleh kalian (dengan pelbagai cara dan gaya) perlukah begitu wahai wanita penghuni syurga yang aku sayangi dan cintai? Tidak dapat saya tafsirkan perasaan saya ketika ini samada 'pelik bin aneh' atau 'sedih bin kecewa' kerana kalian ('si pemakai purdah') merupaka idola yang saya kira sebagai contoh buat saya selepas baginda Rasulullah saw. Dan sebenarnya juga sebab inilah juga hati saya masih tidak kuat untuk memakai niqab.
Saya sendiri yang tidak memakai niqab memahami kehendak dan penyampaian sebenar pemakaian niqab ini kenapa tidak mereka yang saya anggap cukup bertuah kerana berjaya mengenakan niqab sebagai pakaian wajib kepada diri anda. Kenapa saya masih takut dalam erti kata lain masih belum kuat untuk memakai niqab? Kerana menurut pada pandangan saya pada 'si pemakai niqab' ini terbahagi kepada beberapa kumpulan ; 1. Untuk mencari redha Allah swt dengan berikhtiar mengelakkan diri dari fitnah. 2. Tradisi atau ikutan samada keluarga atau sek. (mewajibkan pelajar memakai purdah) 3. Sekadar ikutan tanpa pengatahuan am; mengenainya 4. Mahukan perhatian dalam erti kata lain ingin memperlihatkan bahawa diri kita islami Saya sedar akan perhatian orang kita zaman sekarang terlekat pada imej wanita berpurdah atau lelaki berserban seperti yang diperkatakan oleh saya pada awal perbicaraan saya tadi, mereka menganggap diri mereka yang berpurdah dan berserban beriman, wara', alim dan bersungguh2 dalammemperjuangkan agama islam. Itu adalah pandangan biasa yang kita dengar. Allahu'alam.
Oleh hal demikian, apa sahaja yang kita buat akan dipandang dan diteliti walaupun sekecil zara jika kita melakukan sesuatu kesilapan pasti sahaja kata-kata sedemikian rupa akan kedengaran ; "Ish, kata pakai niqab tapi suara lantang, bercakap dengan lelaki pun selamber dekk jer!""Ehh, tak malu ke dia ni pakai niqab tapi gambar mengalahkan superstar""Hish, tak patut dia buat macam tu, dahla pakai niqab" Itu kalau dikalangan kita (umat islam) yang berkata-kata kalau orang yang beragama lain lihat apa pula katanya? Allahu'alam. Fikirkan sendiri ye.
Memanglah alasan mereka "Ana pun manusia biasa yang tak lepas dari melakukan dosa, enti pun tahukan". sedap punya ayat. ya ! saya tahu ! tapi itu tidak menjadikan alasan anda untuk berusaha mengelakkan fitnah bagi mereka yang tidak faham dengan baik tentang islam. Kita memakai niqab untuk mengelakkan fitnah namun diri kita sendiri pula yang menyebarkannya. Na'uzubillah. Hal ini, membuatkan saya istikharah, berfikir beribu-ribu kali tidak jemunya untuk memakai niqab.
Jadi, wanita islam yang aku cintai dan aku sayangi kerana Allah ! Jika kalian mahu mengenakan niqab pakailah ia kerana Allah dan harus dititik beratkan walau sekcil-kecil perkara. Ubah kembali perspektif mereka yang mengatakan; "Berniqab untuk seorang pendakwah je.." "Engkau anak solehah, bolehlah pakai niqab" Mengarut semua itu ! Kita memakai niqab ini kerana Allah swt bukan kerana trend atau fesyen. Lagi satu perkara, jika hati kita benar-benar sudah ikhlas memakai niqab kerana Allah swt dan mengelakkan fitnah maka lakukan ia dengan serius ! Ambillah pemakaian niqab seperti seorang ibu ;
Tanpa memakai make-up, celak, cabut bulu kening ..nauzubillah, bercantik-cantik. Tidak perlulah kalian bercantik-cantik dalam pemakaian purdah ini ingat kembali niat kita memakai purdah UNTUK MENGELAKKAN FITNAH ! Muhasabah, jika saya sendiri PEREMPUAN cukup tertarik dengan kalian yang memakai purdah apa LELAKI atau kata kasar mereka yang berlainan jantina yang sudah termaktub dalam Al-Quran memang diciptakan lelaki dan perempuan untuk melengkapi antara satu sama lain. Allahu'alam. Akhir kata sudah dapat jawapan untuk tajuk artikel ini bukan? "ana teringin memakai NIQAB tapi...???" sebenarnya, saya tidak tujukan artikel ini kepada mereka yang memakai niqab sahaja malah untuk diri mereka dan juga diri saya yang akan menjadi seorang niqabi (bila agaknya ye?) InsyaAllah.
Cuma sedikit tekanan buat mereka yang memakai niqab kerena mereka dipandang tinggi, diberi keutamaan kerana kalian yang menjadi tumpuan bagi mereka yang memerlukan khidmat nasihat, rujukan dll. Sebagai seorang wanita kita telah diamanahkan oleh Allah untuk pelihara diri dan maruah dari api neraka. Ingatlah wahai wanita islam yang aku kasihi, diri kita (wanita)lah yang paling tinggi darjat dan martabat kita sehinggakan kita yang digelar wanita paling mudah untuk masuk ke syurga Allah dan kerana kesenangan itulah juga, kita yang digelar wanita paling mudah ke neraka Allah swt.
Sebagai penutupnya, doakan diri saya kuat dengan pegangan saya untuk menjadi seorang NIQABI YANG CEMERLANG GEMILANG DAN TERBILANG YANG DIREDHAI OLEH ALLAH SWT yang entah bila hanya Allah swt sahaja yang tahu. Sama-sama mengislah dan sentiasa bermuhasabah diri agar diri kita sentiasa merasa lemah dihadapan-Nya. Semoga kita semua berada dibawah lindungan dan rahmat-Nya disamping memajukan dan mengembangkan agama suci ini. InsyaAllah. TAKBIR ! p/s; moga menfaat.
Posted by
Fateh_Dinul

أنَّ اللهَ يَقُوْلُ يَوْمَ الْقِيَامَةَ أيْنَ الْمُتَحَابُّوْنَ بِجَلاَلِيْ الْيَوْمَ أظَلَّهُمْ فِيْ ظِلِّيْ يَوْمَ لاَ ظِلَّ إلاَّ ظِلِّيْ
Dari Abu Hurairah radhiyallahu `anhu, Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam bersabda: Allah berfirman pada Hari Kiamat, “Dimanakah orang-orang yang saling mencintai karena keagungan-Ku pada hari ini? Aku akan menaungi mereka dalam naungan-Ku pada hari yang tiada naungan kecuali naungan-Ku.” (HR. Muslim; Shahih)


2 comments:
Assalamu'alaikum saudari :)
Saya sedang menunggu kwn di perhentian bas. Gatal pulak tangan nak google tentang niqab, purdah, dan burqa. Tu yg jumpa post saudari ni.
Masya Allah post saudari byk buka mata saya. Terima kasih..:) teruskan menulis, u wouldn't know who would come across ur posts. Moga allah berkati saudari atas ilmu dan perbincangan yg saudari tulis di atas na?:)
Selamat hari raya! #eid2013
Assalamualaikum saudari..terima kasih sbb post psal bnde nie..sebenarnya sya da lme brhjat nx brniqab tapi trtanya-tanya..bleh ke hanya pkai niqab ketika diluar rmah shaja sbb skolah sya xbenarkan pemakaian niqab nie..mohon penjelasan saudari..wallahualam sekian
Post a Comment