AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN :)


Sudah lama kehadiranmu dinantikan..
Setahun berlalu..
Baru kini kau muncul semula..
Sungguh mulia kehadiranmu..
Malah ada manusia yang sanggup tidak mahu tidur..
Kerana kau begitu berharga untuk dibiarkan berlalu pergi begitu sahaja...

Rindu abid semakin membara...
rukuk dan sujud di malam hari...
Zikir lidah tanpa henti mengagungkan Ilahi..
firman-Nya bermain meniti di bibir..
segala-galanya untuk meraikan..
kehadiranmu…..RAMADHAN..
Ramadhan bulan pesta Ibadah..

ia hanya datang sekali setahun..
dan belum tentu lagi kita dapat menyempurnakannya sebulan ini...
dan belum tentu juga kita boleh bertemu dgnnya thun hdpn..
jadi hadapkanlah dan tumpukanlah..
segala apa yg ada di depanmu..

jgn dikenang semalam yg telah berlalu...
kerana kenangan adalah perkara paling jauh...
dan jgn di angan masa depan yg belum tentu...
kerana ia belum pasti milik kita..

jadi gunakanlah hari ini,saat ini,tika ini..
dengan sebaik mungkin..
beribadah seolah-olah tiada lagi hari esok..

namun segalanya perlu istiqamah dan mujahadah..
beristiqamah dalam mujahadah..
dan bermujahadah untuk beristiqamah...
sama-sama renungi dan hayati..

moga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang lepas..
dan moga kita semua dipanjangkan usia untuk terus...
meraikan dan memeriahkannya..
Ramadhan Kareem,


Aku hanya seorang muslimah yang pernah merasa gagal untuk menjadi seorang muslimah yang baik,

♥ Tapi aku yakin akn ada cahaya yang terang dalam hidupku jika aku ingin merubah dan kembali padanya,

♥~♥ Aku hanya seorang hamba yang selalu berbuat kesalahan tapi hamba yang cepat mengakui kesalahan adalah seseorang yang berani dan berusaha ingin berubah untuk menjadi lebih baik lagi..


Ramadan al-Mubarak bulan tarbiah dan juga tazkiyatun nafsi buat manusia agar kembali kepada fitrah yang suci. Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu." (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Maka kembalilah kita ibarat bayi yang baru lahir suci daripada segala dosa.
Amin Ya Allah....



1 comments:

Moga Allah makbulkan niatmu yang mulia ini...amin..

 

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

أنَّ اللهَ يَقُوْلُ يَوْمَ الْقِيَامَةَ أيْنَ الْمُتَحَابُّوْنَ بِجَلاَلِيْ الْيَوْمَ أظَلَّهُمْ فِيْ ظِلِّيْ يَوْمَ لاَ ظِلَّ إلاَّ ظِلِّيْ
Dari Abu Hurairah radhiyallahu `anhu, Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam bersabda: Allah berfirman pada Hari Kiamat, “Dimanakah orang-orang yang saling mencintai karena keagungan-Ku pada hari ini? Aku akan menaungi mereka dalam naungan-Ku pada hari yang tiada naungan kecuali naungan-Ku.” (HR. Muslim; Shahih)

ShareThis